DOKTOR CINTA-dyadila

kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda. kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata

"Cinta like gurauan dalam kehidupan.. kadang-kadang buat kite ketawa.. kadang-kadang buat kite terasa dan gurauan yang buat kite memahami macam-macam emosi... kalau mencantikkan lukisan adalah warna... maka yang mencantikkan kehidupan adalah cinta... tapi cinta ni macam hantu semua org percaya tapi tak semua org yang akan jumpe.. kalau kite cintakan ssorg.. biarlah dia sendiri yang rase, bukan sbb kata cinta kite tapi sbb rase cinta yang datang dari hati die sendiri.."

sinopsis:
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.


Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin.


2 comments:

  1. waaaaa!!!!
    along, byknye link blog psal novel2 kat cni...

    ReplyDelete
  2. along kn lbh kureng mcm antu gak.. tp! along antu novel jerk.. hehe

    ReplyDelete