-Hati berkata-


Duhai hati..

Hidup ini bukanlah hanya sekadar ketawa.Dan juga bukanlah sekadar air mata. Pasti akan d selang seli dengan warna warna kehidupan yang kadang tidak datang dengan sempurna seperti yang kita inginkan. Dan ada tikanya  kita terpaksa menerima sesuatu hakikat dengan sabar dan rela kerana itulah takdir buat kita..




Terlerai Kasih-Rehan Makhtar

Hati yang retak bisa bercantum, Terlerai kasih kita mungkinkah akan bersambung?

Sinopsis:

ILHAM FITRI
Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguiny lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya, hinggakan kudus cinta sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidaku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah- Nur Wafiah

NUR WAFIAH
Kau cinta pandang pertamaku. Namun , makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan akan palsu. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi- Ilham Fitri


-Kesedihan Hati-


Perasaan cinta itu d mulai dari mata, sedangkan rasa suka d mulai dr telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dr orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dn terus tinggal d hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama...