.: satu perasaan :.

sedih... itu yang d rasa.. kenape? mengape? aku sendiri tiada jawapn... ape salah dan silap aku d mase yang lepas... sehingga aku d uji segale... d mane die bintang y bakal menyinari hidup ku? kenape terlalu sukar untuk ku temui... aku makin letih dan penat untuk mencari... segale kekuatan ku... semakin nipis... s'nipis sehelai daun.. daun y hanye tinggal mase dan waktu untuk gugur ker bumi...

realty or fantsy?


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari diri ini

...Apa yang mampu ku berhias hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu...Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

7 Hari Mencintaiku-Siti Rosmizah

"Silap aku juga.. kerna jatuh cinta.. insan sepertimu.. seanggun bidadari.. seharusny aku... cerminkan diriku.. sebalum tirai kamar aku buka mengintaimu..."

Seorang gadis y angkuh dan sombong! mempertahankan diri dari trus d sakiti...

Sinopsis:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya

Stanza Cinta-Nurull Halawati

Ya Allah, Bilakah Saatnya Aku Dipertemukan dengan Pemilik Tulang Rusukku

"Kebaikan itu dibungkus oleh hal hal yang tidak disukai.."

Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Sehingga pernah dia merintih hiba, "Ya Allah.. apakah tiada yang bahagia itu untukku didunia ini?? kenapa hidup ini sering tidak mnyebelahi diriku? andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa dosaku, alngkah ringanny penderitaan ini.. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi.. alangkah indahnya penderitaan ini"

Irfan Ikmal -"Amni itu seorang bidadari y sangat lemah lembut dn pnyayang.. namun die seorang y tegas.. Amni seorang wanita y suke menangis dn mudah trsentuh hatiny.. namun die seorang y sngt tabah... Amni seorang HAwa y mmpunyai cinta y besar buat Sang Adamny.. namun d lindungi ia d sebalik prinsip prinsip y d pertahankanny.. Amni mnunjukkn cahaya ketika ak traba raba dlm kegelapan.. diala y mmbuatkn ak mampu trsenyum dgn cintany.. juge dgn cinta Tuhan y d ajarknny padaku" 

Taufiq Imran, Bandung Indonesia"Subhanallah.. Amni adlah sosok wanita solehah y ingin ak jadikn zaujah d sisiku.. ak membutuhkn dukunganny sbagai peneguku, ak membutuhkn doany utk kehidupanku.. ak membutuhkn senyumanny utk mngatasi kesedihanku.. dn ak juge mmbutuhkn diriny utk mmbuatkn hidupku mnjadi sempurna.. ak ingin selamany melalui lorong lorong dakwah ini d temani zaujah y seindah diriny.. ak sungguh mncintainy kerana Allah.."

Simpang kehidupan Amni begitu rumit dan melelahkan. Terhidang dengan derita dan airmata. Walaupun cinta itu ada didepan matanya, namun dia tidak pernah sempat mengecapi makna bahagia itu. Hatinya sering luluh dan terluka kerana cinta yang dimiliki.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati, Sang Adam pertama yang telah berjaya membeli cintanya yang paling mahal itu? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Yang rela memberikan seluruh kebahagiaan yang dimilikinya untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki!!!!” – Amni Sorfina